Apabila kita merindui kekasih, itu adalah perkara biasa,
malah ianya wajib untuk kita merindui orang yang kita cintai apabila si dia
jauh dari sisi. Ada yang merasakan rindu itu menyakitkan dan dalam pada yang
sama ia sebenarnya adalah perasaan indah terbit dari hati yang ikhlas
mencintai.
Seronok merindui seseorang walaupun sakit dan lebih seronok
apabila rindu itu berbalas. Pasti senyum seorang diri apabila terbaca SMS, ” I
Miss You Too “ :p Jadi jika pasangan
awak meluahkan perasaan rindunya terhadap awak, maka awak sebaik membalasnya
kerana itu sudah mampu membuatkan si dia tersenyum suka.
Jika saya rindu, saya akan lihat kesemua gambar buah hati
dan gambar kami bersama Itu juga mampu membuatkan rindu ini terubat selain
daripada menghantar text di BBM mahupun SMS. Jika terlalu kerap, rimas pula dia
nanti kan.
Awak juga harus pandai mengawal perasaan rindu kerana ada
kalanya sesetengah orang yang tidak boleh mengawal rindu ni akan lakukan
perkara-perkara yang tidak sepatutnya.Rindu berdasarkan Kamus Dewan dan Pustaka
bermaksud: (berasa) sangat ingin hendak pulang atau hendak bertemu dengan
seseorang. Atau maksud lainnya: ingin benar akan sesuatu atau berjumpa dengan
seseorang. Contoh peribahasa: bagai pungguk rindukan bulan.
Perasaan rindu ialah satu anugerah mahal yang tidak boleh
diada-adakan. Bahkan ia adalah perasaan yang timbul dengan sendirinya apabila
teringat pada seseorang atau perkara yang dia sayang. Terkadang rindu ini boleh
datang walaupun baru semalam berjumpa dengan seseorang. Jadi tidak menjadi mustahil andai rindu
datang apabila sudah bertahun-tahun tidak bertemu.
Perasaan rindu yang timbul tanpa diundang adalah pemberian
Allah kepada hamba-Nya. Ia bukan satu kesalahan kerana manusia tidak mampu
menghalang perasaan rindu. Ia soal hati. Perasaan dalaman. Bukan seperti
mencuri yang tindakannya menggunakan tangan. Dan mencarut yang tindakannya
menggunakan mulut. Kerana Allah Maha Adil. Soal hati hanya Allah sahaja mampu
menghukum. Manusia tidak.
Kerana itu di dalam syariat islam, tiada satu pun hukuman
yang dikenakan keatas pesalah hati. Semua hukuman adalah berdasarkan kepada
tindakan luaran dan zahir yang dipilih sendiri oleh manusia untuk melakukannya.
Seperti hukum mencuri. Seorang pencuri hanya dihukum selepas dia mencuri. Bukan
dihukum kerana niat dalam hatinya untuk mencuri. Kerana maksiat yang terlintas
di hati untuk melakukannya tetapi tidak dilakukan, tidak dikira berdosa. Tetapi
ibadah yang terlintas di hati walaupun belum melakukannya, dikira pahala.
Inilah bukti Sifat Maha Pemurah dan Pengasih Allah kepada hamba-Nya.
Berbalik pada perasaan rindu. Hebatnya Allah menciptakan
perasaan ini adalah untuk kebaikan dan kebahagiaan manusia. Rindu sebagai tali
penghubung hati meski jasad dipisahkan oleh jarak dan masa. Allah Maha Tahu
bahawa hamba-Nya yang bertemu sesama mereka pasti ada waktunya terpaksa
berpisah. Kerana itu rindu dicipta semata-mata sebagai pertalian yang tidak
mungkin terputus antara manusia meski terpaksa melalui perpisahan. Malah
manusia yang dipisahkan oleh dua alam yang berbeza pun mampu merasakan
kewujudannya dengan perasaan rindu. Masyaallah.
Namun rindu yang timbul ini andai disalah guna, ia mampu
menukar daripada sesuatu anugerah kepada kesalahan. Kerana rindu yang timbul
jika tidak dikawal, mampu membawa manusia ke arah kerosakan. Seperti mana
harta. Kehadiran harta dalam hidup manusia pada asalnya rezeki dan anugerah
untuk manusia hidup atas muka bumi ini dengan senang. Tetapi andai harta
disalah guna, maka harta tadi mampu membawa manusia kearah kerosakan. Seperti
itulah rindu.
Tetapi sebaik-baik rindu manusia ialah pada Pencipta
manusia. Allah. Rindu yang tiada tandingan. Meski tidak pernah bertemu, tetapi
perasaan rindu untuk bertemu Allah cukup kuat. Kerana hati kita juga makhluk
ciptaan-Nya. Hati mampu berbicara pada penciptanya. Bukan sahaja hati, malah
seluruh jiwa dan anggota badan kita pasti merindukan untuk bertemu dengan Allah
di akhirat kelak dan melihat wajah-Nya.
Daripada Suhaib daripada Nabi s.a.w sabda baginda: “Apabila
Ahli Syurga telah memasuki syurga, Allah akan berkata: ‘Kamu menghendaki
sesuatu supaya Aku tambahkan lagi?’ lalu mereka menjawab: ‘Bukankah Kamu telah
memutihkan wajah kami? Bukankah Kamu telah memasukkan kami ke dalam syurga dan
menyelamatkan kami daripada neraka?! –kata baginda- : Maka Allah menyingkap
tabir dan tidaklah diberi nikmat yang lebih mereka cintai selain daripada
melihat kepada Tuhan mereka Azza wa Jalla” (H.R Muslim)
Hebat sungguh rindu pada Allah. Berbeza rindu pada manusia.
Andai seseorang rindu pada sahabatnya, belum tentu sahabatnya tahu kecuali
selepas ia memberitahunya. Tetapi istimewanya rindu pada Allah, tidak perlu
memberitahu Allah, Dia sudah Tahu hamba-Nya rindu pada-Nya. Masyaallah.
Begitulah hebatnya rindu pada Allah. Rindumu pasti berbalas di dunia. Malah
ditambah lagi ketenangan. Ditambah rezeki dan ditambah pula nikmat syurga dan
melihat wajah-Nya di akhirat kelak.
![]() |
Hanya selafaz rindu yg ku ingin ungkapkan kepadamu .. :(
|
![]() |
Bile kite x dpt jumpe org yg kite rindu to , kite tlis sjer
dlm diary agar rindu to tersimoan d dlm diary terindah kite ..
# I miss u so muchh !!! :'(
|
Semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa
merindukan Allah. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment