Saturday 8 June 2013

Rindu Itu Perasaan Sakit Yang Terindahh

Apabila kita merindui kekasih, itu adalah perkara biasa, malah ianya wajib untuk kita merindui orang yang kita cintai apabila si dia jauh dari sisi. Ada yang merasakan rindu itu menyakitkan dan dalam pada yang sama ia sebenarnya adalah perasaan indah terbit dari hati yang ikhlas mencintai.
Seronok merindui seseorang walaupun sakit dan lebih seronok apabila rindu itu berbalas. Pasti senyum seorang diri apabila terbaca SMS, ” I Miss You Too “ :p  Jadi jika pasangan awak meluahkan perasaan rindunya terhadap awak, maka awak sebaik membalasnya kerana itu sudah mampu membuatkan si dia tersenyum suka.
Jika saya rindu, saya akan lihat kesemua gambar buah hati dan gambar kami bersama Itu juga mampu membuatkan rindu ini terubat selain daripada menghantar text di BBM mahupun SMS. Jika terlalu kerap, rimas pula dia nanti kan.
Awak juga harus pandai mengawal perasaan rindu kerana ada kalanya sesetengah orang yang tidak boleh mengawal rindu ni akan lakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.Rindu berdasarkan Kamus Dewan dan Pustaka bermaksud: (berasa) sangat ingin hendak pulang atau hendak bertemu dengan seseorang. Atau maksud lainnya: ingin benar akan sesuatu atau ber­jumpa dengan seseorang. Contoh peribahasa: bagai pungguk rindukan bulan.
Perasaan rindu ialah satu anugerah mahal yang tidak boleh diada-adakan. Bahkan ia adalah perasaan yang timbul dengan sendirinya apabila teringat pada seseorang atau perkara yang dia sayang. Terkadang rindu ini boleh datang walaupun baru semalam berjumpa dengan seseorang.  Jadi tidak menjadi mustahil andai rindu datang apabila sudah bertahun-tahun tidak bertemu.
Perasaan rindu yang timbul tanpa diundang adalah pemberian Allah kepada hamba-Nya. Ia bukan satu kesalahan kerana manusia tidak mampu menghalang perasaan rindu. Ia soal hati. Perasaan dalaman. Bukan seperti mencuri yang tindakannya menggunakan tangan. Dan mencarut yang tindakannya menggunakan mulut. Kerana Allah Maha Adil. Soal hati hanya Allah sahaja mampu menghukum. Manusia tidak.
Kerana itu di dalam syariat islam, tiada satu pun hukuman yang dikenakan keatas pesalah hati. Semua hukuman adalah berdasarkan kepada tindakan luaran dan zahir yang dipilih sendiri oleh manusia untuk melakukannya. Seperti hukum mencuri. Seorang pencuri hanya dihukum selepas dia mencuri. Bukan dihukum kerana niat dalam hatinya untuk mencuri. Kerana maksiat yang terlintas di hati untuk melakukannya tetapi tidak dilakukan, tidak dikira berdosa. Tetapi ibadah yang terlintas di hati walaupun belum melakukannya, dikira pahala. Inilah bukti Sifat Maha Pemurah dan Pengasih Allah kepada hamba-Nya.
Berbalik pada perasaan rindu. Hebatnya Allah menciptakan perasaan ini adalah untuk kebaikan dan kebahagiaan manusia. Rindu sebagai tali penghubung hati meski jasad dipisahkan oleh jarak dan masa. Allah Maha Tahu bahawa hamba-Nya yang bertemu sesama mereka pasti ada waktunya terpaksa berpisah. Kerana itu rindu dicipta semata-mata sebagai pertalian yang tidak mungkin terputus antara manusia meski terpaksa melalui perpisahan. Malah manusia yang dipisahkan oleh dua alam yang berbeza pun mampu merasakan kewujudannya dengan perasaan rindu. Masyaallah.
Namun rindu yang timbul ini andai disalah guna, ia mampu menukar daripada sesuatu anugerah kepada kesalahan. Kerana rindu yang timbul jika tidak dikawal, mampu membawa manusia ke arah kerosakan. Seperti mana harta. Kehadiran harta dalam hidup manusia pada asalnya rezeki dan anugerah untuk manusia hidup atas muka bumi ini dengan senang. Tetapi andai harta disalah guna, maka harta tadi mampu membawa manusia kearah kerosakan. Seperti itulah rindu.
Tetapi sebaik-baik rindu manusia ialah pada Pencipta manusia. Allah. Rindu yang tiada tandingan. Meski tidak pernah bertemu, tetapi perasaan rindu untuk bertemu Allah cukup kuat. Kerana hati kita juga makhluk ciptaan-Nya. Hati mampu berbicara pada penciptanya. Bukan sahaja hati, malah seluruh jiwa dan anggota badan kita pasti merindukan untuk bertemu dengan Allah di akhirat kelak dan melihat wajah-Nya.
Daripada Suhaib daripada Nabi s.a.w sabda baginda: “Apabila Ahli Syurga telah memasuki syurga, Allah akan berkata: ‘Kamu menghendaki sesuatu supaya Aku tambahkan lagi?’ lalu mereka menjawab: ‘Bukankah Kamu telah memutihkan wajah kami? Bukankah Kamu telah memasukkan kami ke dalam syurga dan menyelamatkan kami daripada neraka?! –kata baginda- : Maka Allah menyingkap tabir dan tidaklah diberi nikmat yang lebih mereka cintai selain daripada melihat kepada Tuhan mereka Azza wa Jalla” (H.R Muslim)

Hebat sungguh rindu pada Allah. Berbeza rindu pada manusia. Andai seseorang rindu pada sahabatnya, belum tentu sahabatnya tahu kecuali selepas ia memberitahunya. Tetapi istimewanya rindu pada Allah, tidak perlu memberitahu Allah, Dia sudah Tahu hamba-Nya rindu pada-Nya. Masyaallah. Begitulah hebatnya rindu pada Allah. Rindumu pasti berbalas di dunia. Malah ditambah lagi ketenangan. Ditambah rezeki dan ditambah pula nikmat syurga dan melihat wajah-Nya di akhirat kelak.
Hanya selafaz rindu yg ku ingin ungkapkan kepadamu .. :(
Bile kite x dpt jumpe org yg kite rindu to , kite tlis sjer dlm diary agar rindu to tersimoan d dlm diary terindah kite ..
# I miss u so muchh !!! :'(

Bile kite merindui sseorg kite akn tggu org yg kite rindu tu msg / coll atau punn dtg jumpe kite .. mcm gmbar nie ..
# Menitis airmata mlihat gmbar nie .. :'(




p/s : buat adik/kakak/abang yang nak balik kampus / asrama tu tak kisah la kat mana pun saya ucapkan selamat menuntut ilmu. perbaiki semula niat belajar kita, bukan semata untuk dapat 4flat ke, nak jumpa jodoh ke sebaliknya ikhlas hanya kerana Dia :)

Rindu-rindu jgak , jgn smpai mengabaikan ksihatan kite .. Ito yg pnting kne jge .. :)
Semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa merindukan Allah. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment